Sunday, December 8, 2013

Jenis-jenis cendawan yang boleh dimakan


Cendawan Tiram Kelabu

 
Cendawan Tiram Putih

 
 Cendawan Abalon

 
Cendawan Tiram Kuning

 
Cendawan Tiram Merah Jambu 

 
Cendawan Telinga Kera 

 
Cendawan  Jerami 


Cendawan Ling Zhi


Cendawan Bunga Kobis 


Cendawan Berangan


Cendawan Peha Ayam


Cendawan Kukur/Sisir


Cendawan Shiitake


Cendawan Butang 


Cendawan Jarum Emas 


Cendawan Perut lembu

Sebahagian besar jenis-jenis cendawan di atas boleh ditanam di Malaysia kerana suhunya yang sesuai seperti cendawan tiram, jeli hitam, shiitake, kukur, ling zhi. Ada juga yang memerlukan keadaan suhu yang lebih sejuk dan kurang sesuai ditanam di negara ini kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi.

Faktor komersil juga harus diambil kira jika kita bercadang untuk mengusahakan cendawan ini seperti harga, sambutan pelanggan, potensi produk hiliran dan sebagainya. 

Apa pun, ilmu tentang cendawan pun penting juga, kan?

Friday, December 6, 2013

Persediaan memulakan projek cendawan

 RAMAI daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah 8,100 tan setahun. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324 gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan setahun.

Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu terutama jenis shiitake dan telinga kera.

Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an. Itu cerita dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.

Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan penggunaan kaedah bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi.


.
Persediaan Bagi Memulakan Projek Cendawan

1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi

  • mempunyai minat dalam penanaman cendawan
  • tahu teknologi terkini
  • tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
  • tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam

2. Tapak/ Lokasi Projek

  • pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
  • keperluan bangunan
  • maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat

3. Pembekal Peralatan dan Bahan

  • pastikan peralatan dan bahan yang perlu
  • dapatkan senarai pembekal yang terdekat

4. Sumber Kewangan

  • kewangan penting untuk membangunkan projek
  • modal sendiri atau perlukan pinjaman
  • ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan

5. Pemasaran

  • kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
  • dapatkan saluran pemasaran yang termudah
  • fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam

Sebagai usahawan dan juga bakal pengusaha cendawan, rancangan perniagaan yang lengkap dan berkesan menjadi satu kewajipan apabila ingin memulakan projek cendawan. Dalam rancangan perniagaan itu, perlu dimasukkan kelima-lima elemen yang disebutkan di atas. 

Kejayaan projek cendawan dan bisnes nanti bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan pihak pengurusan dan sumber-sumber yang ada. 

Selamat maju jaya!

Wednesday, December 4, 2013

Jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia

Terdapat 2000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam. 

Tahukah anda jenis-jenis cendawan yang terdapat di Malaysia yang boleh dikomersilkan secara besar-besaran, antaranya ialah Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju), Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida), Cendawan Abalone (Pleurotus systidiosus), Cendawan Shitake (Lentinus polytricha), Cendawan Telinga Kera (Auricularia plytricha), Cendawan Jerami Padi (Volvoveilla volcacea) dan Cendawan Butang (Agaricus spp).



Monday, November 25, 2013

Kajian Pasaran Cendawan



Perusahaan cendawan adalah satu perniagaan yang serius dan berpotensi besar, maka salah satu faktor kejayaan ialah dengan melakukan kajian pasaran terlebih dahulu tentang potensinya. Matlamat penilaian pasaran adalah untuk menjangka jumlah jualan dan pendapatan kasar daripadanya serta menganalisa potensi keuntungan dan aliran tunai, juga bagi mengumpul maklumat berkaitan potensi pembeli dan juga pesaing (membantu dalam membangunkan strategi pemasaran kelak).

Banyak cendawan yang berpotensi untuk ditanam, namun pasarannya, walau sedang berkembang, masih terhad dan memerlukan banyak usaha kita sendiri untuk berjaya. Sekiranya anda berfikir dan merancang untuk memulakan perusahaan penanaman cendawan secara komersil, bermula dengan persoalan ini: Kepada siapa anda ingin jual?


Anda tidak akan memperolehi sebarang pendapatan di dalam sebarang bisnes jika anda tidak mempunyai pembeli kepada produk anda. Kaji siapa yang akan membeli cendawan anda, jenis yang bagaimana yang mereka mahu dan di mana mereka akan beli. 

Anda perlu kaji dengan lebih lanjut permintaan ke atas setiap spesis cendawan atau produk daripada cendawan tersebut - juga tempat yang ia akan dipasarkan, sebelum terjun secara besar-besaran beserta modal dan sepenuh tenaga dalam perusahaan ini.

Semak situasi semasa di kawasan anda. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menjalankan pemerhatian ke atas gelagat pembeli, survey ke atas kebanyakan kedai-kedai, temu ramah dengan penanam cendawan, dan juga test market (sekiranya anda sudah ada produk yang sedia diuji kaji). 

Satu lagi cara kajian pasaran ialah dengan menilai pesaing-pesaing anda. Ini akan membantu anda menentukan apakah pasaran yang sedia wujud dan mengenal pasti keperluan baru / niche yang boleh anda penuhi melalui produk anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesaing anda, gunakan produk mereka. Bercakap dengan mereka. Anda akan terkejut berapa banyak maklumat yang mereka akan kongsi dengan anda.

Wednesday, November 20, 2013

Maklumat Tentang Besut

 Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. 

Pantainya bertanah beris dan menghadap pulau yang terkenal seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.

Mukim di Daerah Besut:

Mukim Bukit Kenak
Mukim Bukit Puteri
Mukim Hulu Besut
Mukim Jabi, Terengganu
Mukim Kampung Raja
Mukim Keluang
Mukim Kerandang
Mukim Kuala Besut
Mukim Kubang Bemban
Mukim Lubuk Kawah
Mukim Pasir Akar
Mukim Pelagat
Mukim Pangkalan Nangka
Mukim Pulau Perhentian
Mukim Tembila
Mukim Tenang
Pekan Jertih
Pekan Kampung Raja
Pekan Kuala Besut

Kini,daerah besut sedang pesat membangun mengikut peredaran masa,kegiatan ekonomi yang utama penduduk di daerah Besut ialah berniaga,mengusahakan tanaman padi,sawit,getah dan lain-lain lagi. 

Sunday, November 17, 2013

Maklumat Asas Cendawan


APAKAH CENDAWAN?
Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang dijalankan oleh para petani di Malaysia. Beberapa faktor utama telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang ini ialah:
  • Keuntungan yang tinggi dalam jangkamasa yang pendek
  • Kos pengeluaran rendah – menggunakan bahan sampingan pertanian
  • Potensi pemasaran yang baik
  • Kandungan nutrient pemakanan yang tinggi
Di sini dipaparkan serba sedikit nota penanaman cendawan untuk pengetahuan umum.

JENIS – JENIS CENDAWAN

Terdapat kira-kira 2,000 jenis spesis cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja  yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis cendawan yang ditanam iaitu:
  • Cendawan Tiram Kelabu – Pleurotus sajor – caju
  • Cendawan Tiram Putih – Pleurotus florida
  • Cendawan Abalon – Pleurotus cystidiosus
  • Cendawan Shitake – Lentinus edodes
  • Cendawan Telinga Kera – Auricularia polytricha
  • Cendawan Jerami Padi – Agaricus sp
  • Cendawan Butang – Volvoiella volvacea
PENANAMAN CENDAWAN
Cendawan boleh ditanam pada sisa pertanian yang mengandungi selulos, hemiselulos dan lignin. Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisa kapas, kayu berangan, kayu oak dan akasia, jerami padi, sekam padi dan tandan kosong kelapa sawit.

TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN
1) Penyediaan Bahan
Bahan-bahan campuran untuk menanam 200 beg cendawan tiram ialah seperti berikut:
  • Habuk kayu getah – 100 kg
  • Dedak padi – 10 kg
  • Kapur pertanian (GML, CaCo3) – 1 kg
  • Air – 75% kelembapan
 Nisbah campuran yang digunakan ialah :
  • Habuk kayu getah – 100
  • Dedak padi – 10
  • Kapur pertanian – 0.1 – 1
Bahan – bahan tersebut dicampur semula secara kering. Campurkan air dan pastikan kelembapan campuran adalah 75%.
2) Pembungkusan
Bahan- bahan tersebut diisi ke dalam beg plastic polypropylene (PP). Saiz beg yang digunakan ialah 13” x 6”. Media dipadatkan. Selepas dipadatkan penapis pengudaraan dipasang dengan menggunakan gelang leher, cap dan kapas atau span.
 3) Pengukusan
Pengukusan beg-beg PP yang mempunyai bahan-bahan campuran dijalankan selama 4 – 6 jam (pada suhu 95 ºC - 100 ºC). Selepas pengukusan dijalankan dengan sempurna, proses penyejukan dijalankan selama 48 jam (2 malam).
4) Menyuntik Benih
Beg PP yang telah sejuk boleh disuntik dengan benih. Sebelum suntikan dijalankan beberapa langkah awal mesti dilakukan untuk menjamin keberkesanannya.
 a) Langkah-langkah awal yang perlu dijalankan ialah:
  • Kebersihan diri dan pakaian
  • Kebersihan bilik suntikan
  • Pastikan tiada habuk atau kotoran
  • Sembur bilik dengan larutan basmi kuman
Contoh : Dettol, Lysol, Jeypine dan sebagainya.
b) Sediakan peralatan suntikan
  • Spirit
  • Lampu / pelita spirit
  • Spatula / dawai penyuntik
  • Pemetik api
  • Pelindung pernafasan (Dust Mask)
 c) Menyuntik benih (Spawn)
  • Cuci tangan dengan larutan basmi kuman atau sapukan spirit pada tapak tangan higga ke pergelangan tangan. Pakai Dust Mask.
  • Bakar dawai penyuntik. Celupkan dawai penyuntik ke dalam larutan spirit. Nyalakan api.
  • Panaskan mulut botol benih.
  • Leraikan benih dalam botol dengan dawa penyuntik.
  • Suntikan 5 – 8gm benih cendawan bagi setiap beg PP. Tutup beg PP dengan penutup.
  • Susun beg-beg PP ke dalam Bilik Pemeraman untuk proses “Spawn Running”.
 d) Pemeramam “Spawn Running”.
Proses ini dijalankan di sebuah bilik pemeraman. Miseliam dibiarkan hingga memenuhi keseluruhan substrat di dalam PP. Kebiasaannya ia mengambil masa di antara 50 – 60 hari. Apabila miseliam telah memenuhi keseluruhan substrat, asingkan / pindahkan beg-beg PP yang telah rosak dan dicemari oleh bahan asing. Suhu di bilik ini adalah 25ºC - 30 ºC.Sebaik-baiknya tanam substrat yang rosak. Pindahkan beg PP yang baik ke bilik penghasilan.
PENGHASILAN
Putik cendawan akan kelihatan selepas 4 - 5 hari penutup pengudaraan dibuka. Selepas cendawan tumbuh dan membesar, cendawan boleh dipetik dan dibungkus. Selepas cendawan dipetik miseliam direhatkan selama 7 – 10 hari dengan menutup semula multu beg PP. Selepas 7 – 10 hari dibuka untuk pusingan kedua dan boleh dipetik selepas 4 – 5 hari. 
Cara yang sama dilakukan untuk penghasilan ketiga, keempat dan seterusnya. Pengurusan yang penting di bilik penghasilan ialah memastikan suhu dan kelembapan berada pada tahap optimum. Suhu optimum ialah 28ºC - 30 ºC dan kelembapan optimum pada tahap 80 – 95%. 
Untuk mendapat keadaan yang optimum ini penyiraman air dilakukan pada sebelah pagi dan petang. Cahaya yang optimum boleh dikesan apabila sesorang boleh membaca akhbar dalam bilik ini. Tulisan akhbar yang boleh dibaca adalah tahap yang sesuai.

KOS BAHAN
Bil.PerkaraHarga / Unit
1Habuk kayu getahRM 250 / 3 ton lori
2BenihRM 3.00 / plastic
3Dedak PadiRM 0.80 / kg
4Kapor PertanianRM 0.10 / kg
5Gas memasakRM 25.00 / tong
6Upah isiRM 0.10 – 0.15 / beg
7Upah suntikRM 0.05 – 0.10 / beg
8Plastik beg PPRM 7.50 / kg
9Neck & CapRM 0.30 / unit
10SpanRM 4.00 / kg
MUSUH DAN PENYAKIT
Perosak yang biasa menyerang tanaman cendawan ialah tikus, lalat (Drosophila), lipas, hama dan nematod. Kulat-kulat yang biasa menyerang substrat ialah Penicilium, Aspergillus dan Trichoderma. Untuk mengawal musuh dan penyakit, rumah cendawan dan rak-rak hendaklah dibersihkan dan dirawat dengan menggunakan bahan kimia seperti Dettol, Lysol dan sebagainya. Pembersihan hendaklah dilakukan selepas setiap musim penanaman.

CARTA ALIRAN PROSES PENANAMAN CENDAWAN


Saturday, November 16, 2013

Salam perkenalan

Bismillah..

Alhamdulillah blog masilium besut ini dilancarkan bagi mewakili Persatuan Pengusaha Cendawan Besut bertujuan untuk kami berkongsi aktiviti dan perkembangan perusahaan cendawan serta cerita tentang bisnes cendawan di Besut khasnya dan seluruh negara amnya.

Latar belakang Persatuan

Persatuan Pengusaha Cendawan Besut ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 2013 melalui meyuarat pertama yang diadakan di Pejabat Pertanian di Kg Raja, Besut. Pada mulanya ia adalah sebagai medan perjumpaan di antara pengusaha cendawan di Besut bagi berkenalan dan bertukar-tukar fikiran. Ia dihadiri bersama oleh wakil daripada Pejabat Pertanian Kg Raja.

Jumlah kehadiran ialah seramai 13 orang dan Cikgu Tuan Pauzi dilantik sebagai Pengerusi persatuan ini dan dikuti oleh timbalan dan juga AJK yang lainnya.

Insyallah kami akan kemas kini tentang cerita terbaru serta tips penjagaan cendawan untuk makluman dan manfaat buat anda semua!