Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri?
Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit.
Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari. Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.
Beli bongkah cendawan matang
- Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll
- Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh
- Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
- Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
- Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat
- Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
- Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
- Boleh buat separuh masa
Buat bongkah sendiri
- Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll…
- sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
- Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
- Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
- Masalah penyakit kulat perosak
- Jimat kos
- Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
- Kena buat sepenuh masa
Cara mana yang anda pilih?
Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. :)
Nizam (019 758 9774)
Cendawan Global
RAMAI daripada kita merupakan penggemar cendawan, sayur yang unik tetapi mempunyai banyak khasiat. Tahukah kita bahawa jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang setahun atau jumlah yang diperlukan ialah 8,100 tan setahun. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding dengan pengeluaran cendawan negara pada masa ini iaitu sebanyak 5,500 tan.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan untuk meningkatkan pengambilan cendawan rakyat Malaysia dari 324 gram setahun kepada dua kilogram setahun. Ini memerlukan peningkatan pengeluaran cendawan kepada 50,000 tan setahun.
Jawapan kepada masalah tersebut ialah perlunya industri tanaman cendawan diperhebatkan, sekali gus menjana pengeluaran yang mencukupi pada masa akan datang. Seperti juga tanaman lain, industri tanaman cendawan juga mengalami evolusi teknologi dan berdasarkan catatan, pada 1960- an cendawan ditanam pada batang kayu terutama jenis shiitake dan telinga kera.
Sedekad kemudian, kaedah baru digunakan iaitu penggunaan jerami padi sebagai media tanaman sebelum penggunaan hampas kapas pada tahun 1980-an. Itu cerita dalam tempoh tiga dekat tetapi suntikan teknologi kini menjadikan tanaman cendawan diusahakan secara komersial dan berteknologi tinggi.
Kaedah terkini ialah menanam cendawan menggunakan habuk kayu dalam polibeg atau beg media. Setengah pengusaha kini mampu menghasilkan benih sendiri dengan penggunaan kaedah bioteknologi tetapi kosnya lebih tinggi.
.
Persediaan Bagi Memulakan Projek Cendawan
1. Minat dan pengetahuan mengenai teknologi
- mempunyai minat dalam penanaman cendawan
- tahu teknologi terkini
- tahu jenis cendawan yang hendak ditanam
- tahu keperluan asas jenis cendawan yang hendak ditanam
2. Tapak/ Lokasi Projek
- pastikan di mana lokasi projek yang sesuai
- keperluan bangunan
- maklumkan kepada pejabat Pertanian Daerah terdekat
3. Pembekal Peralatan dan Bahan
- pastikan peralatan dan bahan yang perlu
- dapatkan senarai pembekal yang terdekat
4. Sumber Kewangan
- kewangan penting untuk membangunkan projek
- modal sendiri atau perlukan pinjaman
- ambil tahu dan ambil peluang insentif kerajaan
5. Pemasaran
- kaji keperluan dan permintaan cendawan semasa
- dapatkan saluran pemasaran yang termudah
- fikirkan bidang industri asas tani untuk cendawan yang ditanam
Sebagai usahawan dan juga bakal pengusaha cendawan, rancangan perniagaan yang lengkap dan berkesan menjadi satu kewajipan apabila ingin memulakan projek cendawan. Dalam rancangan perniagaan itu, perlu dimasukkan kelima-lima elemen yang disebutkan di atas.
Kejayaan projek cendawan dan bisnes nanti bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan pihak pengurusan dan sumber-sumber yang ada.
Selamat maju jaya!