Tuesday, May 6, 2014

Cendawan dan khasiatnya

CENDAWAN atau KULAT merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan 'Fungi'. Saya pasti ramai di antara kita yang suka makan makan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. 

Mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) sebagai sumber nutriennya. 

Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan. Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan.

Terdapat beberapa laporan dari kajian yang mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. 

Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun. Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. 

Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran. Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi spesis (sekadar menyebut beberapa nama). 

Di negara kita cendawan tiram kelabu adalah yang paling banyak dikomersilkan.

Cendawan yang boleh dimakan (Edible mushroom) boleh dimasak atau diproses untuk mendapatkan khasiatnya. Selain daripada rasanya yang sedap dan menyelerakan, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat tumbuhan ini terutama dari segi perubatan. 

Berdasarkan kajian, banyak pihak termasuk Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya dan laporan jurnal dari luar negara, cendawan ini dilaporkan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan.  

Berikut adalah beberapa khasiat yang didakwa secara klinikal mengenai khasiat perubatan dan boleh kita jadikan panduan.

Cendawan Tiram

1) Cendawan Tiram (Pleurotus sajor-caju)

Cendawan tiram pula iaitu Abalome terdapat beberapa spesis yang popular diusahakan. Diantara jenis cendawan Tiram adalah seperti Cendawan Tiram Merah Jambu atau nama  Pleurotus cystidiosus, Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu). 

Jenis cendawan ini didakwa berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida. 

Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. 

Cendawan Lingzhi

2) Cendawan Ling zhi  (Ganoderma lucidium)

Cendawan Ling Zhi adalah sejenis cendawan dinamakan dalam bahasa Cina atau dikenali sebagai Reishi dalam bahasa Jepun merupakan sejenis cendawan daripada keluarga polyporaceae terkenal dengan nilai perubatannya yang tinggi. Pada zaman dulu, cendawan Ling zhi asalnya tumbuh secara semula jadi tumbuh liar di dalam hutan di mana jumlahnya sangat sedikit dan sukar didapati. 

Pada masa sekarang cendawan ini telah ditanam secara komersil dengan teknologi moden dan mampu dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Ling zhi adalah mikroorganisma berkhasiat semula jadi yang ajaib. Hanya spesis terbaik sahaja yang akan memberikan keberkesanannya kepada kesihatan kita dan mengubati pelbagai penyakit. 

Di antara khasiatnya ialah melancarkan proses penghadaman, membersihkan darah, meneutralkan bisa, melindungi hati, mengawal atau melawan usus, tonik untuk selesema, mengawal tekanan jantung, menghilangkan batuk, mengeluarkan kahak, mententeramkan fikiran, mencegah kanser dan mengubati resdung. 

 Cendawan Kukur

3) Cendawan Kukur (Schizophyllun commune)

Cendawan Kukur atau dipanggil juga Kulat Sisik atau Kulat Sisir atau Jamur Gerigir merupakan jenis cendawan klasik yang saya selalu ditemui di kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu getah dan lain-lain. Cendawan ini berbentuk kulit kerang berwarna coklat kelabu gelap dan keluar selepas waktu hujan untuk kita mudah memetiknya. 

Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.  Para saintis mendapati cendawan kukur mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.

 Cendawan Jarum Emas

4) Cendawan Jarum Emas (Hericum erinaceum)

Cendawan Jarum Emas atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti traumasaraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti. 

Cendawan ini dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.


5) Cendawan Butang 

Cendawan Butang dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori. 

Sama seperti epal dan ubi kentang, cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit tau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya. 

Cendawan Shiitake
6) Cendawan Shiitake 

Cendawan Shiitake  atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawah berubah warna. Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Cendawan Shiitake kering diproses dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air sebelum dimasak. 

Walaupun ada yang menganggap cendawan shiitake sebagai sayuran namun sebenarnya cendawan shiitake adalah sejenis kulat yang tidak ada akar, bunga atau biji. Terdapat pelbagai khasiat dan nilai perubatan cendawan shiitake. Antaranya, pelbagai asid amino, banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niasin. Kajian mendapati bahawa kebaikan cendawan shiitake adalah disebabkan bahan aktif lentinan yang terdapat di dalamnya. 

Antara nilai perubatan cendawan shiitake adalah kebolehannya untuk memberi tenaga kepada system imun, menguatkan kebolehan system imun bagi menentang jangkitan dan penyakit. Malah dikatakan lentinan menunjukkan daya efektif yang tinggi daripada sesetengah ubat terutamanya bagi menentang influenza dan penyakit lain. 

Ia juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara, merencat kejadian semula kanser, meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrifaj melawan bacteria, virus, sel tumor dan toksin.

Begitulah hebatnya khasiat cendawan yang dijadikan oleh Allah Taala untuk manusia. Wallahualam!

Thursday, April 17, 2014

Pengurusan perosak dan penyakit cendawan



Kenapa datang perosak dan penyakit?

PUNCA 1

Persekitaran kelembapan tinggi di dalam rumah cendawan merupakan keadaan sesuai untuk pembiakan perosak dan penyakit. 


PUNCA 2
Struktur rumah cendawan tidak kalis serangga / perosak dengan sempurna.

PUNCA 3
Penyakit dan perosak sentiasa wujud di dalam dan di luar rumah cendawan yang menjalankan penanaman cendawan secara berterusan.

PUNCA 4
Cara pengurusan tanaman tidak sempurna menyebabkan jangkitan penyakit tidak dapat dicegah.

PUNCA 5
Sumber benih tercemar.

PUNCA 6
Bebas kimia! - Penggunaan bahan kimia yang terhad dalam mengawal penyakit dan perosak dalam penamanan cendawan. 

Cendawan = organik = bebas racun



Perosak cendawan

Jenis Perosak:
1. Tikus
2. Lalat (Drosophila)
3. Lipas
4. Kumbang
5. Hama
6. Nematod

Antara simpton serangan serangga ialah:


Langkah kawalan dan pencegahan Perosak cendawan
• Pastikan rumah cendawan kalis serangga. Tutup setiap laluan angin dengan jaring dan pasang langsir plastik pada pintu.
• Gantung pelekat kuning (yellow sticker) di dalam dan luar rumah cendawan supaya serangga-serangga yang berterbangan akan melekat dan terperangkap.
• Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.
• Kawal secara manual. Asingkan beg yang terkena serangan dan musnahkan perosak


Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring di sekeliling dinding rumah cendawan!


Kawalan Tikus
Pastikan rumah cendawan kalis tikus dengan memasang satu lapis dawai mata punai supaya tikus tidak dapat masuk ke dalam rumah cendawan.
Pasang perangkap tikus dengan menggunakan umpan kesukaannya seperti ikan kering. Jangan gunakan racun tikus. Keluarkan perangkap berisi tikus dari rumah cendawan dan bunuh tikus.
Bersihkan kawasan persekitaran. Jangan biarkan rumput panjang dan sampah berlonggokan.

Lain-lain Perosak:


1. Tikus - gunakan racun umpan tikus
                 - bersihkan persekitaran rumah cendawan
                 - jika perlu pasang jaring mata punai
2. Lintah bulan / siput - gunakan racun umpan siput

Sunday, April 6, 2014

Cendawan Dari Kampung Seberang Jerteh


Assalam..

Nama penuh beliau ialah Ahmad Hanizam bin Abdullah. Boleh panggil Nizam. Berasal dari Kampung Seberang Jerteh. Mula berjinak-jinak dengan dunia cendawan pada tahun 2007 secara online dengan melancarkan sebuah blog khas tentang cendawan iaitu di http://www.cendawanglobal.blogspot.com



 
 

 
Saya mengalu-alukan kedatangan anda ke ladang cendawan kami di Kampung Seberang Jerteh, Terengganu.

Wednesday, March 19, 2014

Kursus Kawalan Penyakit Cendawan



Assalam.

Berita baik buat pengusaha cendawan di kawasan Besut, Terengganu kerana Jabatan Pertanian Besut akan menganjurkan kursus kawalan penyakit cendawan pada tarikh, tempat dan masa seperti di atas. 

Masuk adalah PERCUMA dan saya juga menjemput kepada bakal pengusaha cendawan untuk hadir pada kursus ini kerana ini adalah peluang terbaik untuk berkenalan dengan pengusaha cendawan berpengalaman dan juga bertukar-tukar maklumat. Jumpa anda di sana!

Thursday, February 20, 2014

Langkah-langkah mengawal dan mengurangkan penyakit

Penghapusan /pembasmian memang susah dicapai. 

Yang boleh dibuat ialah 'kawal dan kurangkan populasi' pencemar tersebut...bawah 10% dah cukup baik...sila lihat slides sebagai rujukan.





Friday, December 13, 2013

Beli bongkah cendawan vs buat bongkah cendawan?

Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek tanaman cendawan masakini disebabkan oleh permintaan dan harga yang tinggi, kos yang rendah, bersih, mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak masa untuk menjaganya. Tetapi ramai yang mengalami masalah untuk memilih cara nak mula projek ini…adakah dengan membeli bongkah atau membuatnya sendiri? 

Harus diingat jika anda betul-betul mahu buat projek cendawan, anda harus memulakan langkah pertama. Baru la anda lihat sejauh mana kemampuan anda. Sebagai contoh, langkah pertama anda ikuti kursus. Dari situ anda dapat lihat semua proses penghasilan bongkah dari proses gaul sehinggalah mengutip hasil. Ada peserta kata prosesnya amat remeh kena gaul, isi dalam plastik, kukus, suntik benih dan masalah penyakit. 

Banyak kerja yang kena buat…ada juga yang kata “kalu macam ni baik beli bongkah yang dah matang dari buat lagi senang”. Ramai yang datang jumpa saya mempunyai masalah mencari bekalan dedak, habuk kayu, benih dan alatan membuat bongkah cendawan. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan projek ini dinasihatkan membeli bongkah yang matang supaya anda tau seba sedikit cara jaga bongkah cendawan semasa pengeluaran hasil…belajar teknik-teknik buka tutup penutup untuk tau macam manae nak keluarkan hasil setiap hari. Ini ada sedikit tip untuk anda lihat perbandingan serta kelebihan / kekurangan beli bongkah matang atau buat bongkah sendiri.

Beli bongkah cendawan matang

  • Anda tak perlu pening kepala mana nak cari dedak, habuk kayu, benih, alatan dan dll 
  • Hanya siapkan bangsal sahaja…takpun letak dalam bilik, kat dapur..bawah umah pun boleh
  • Keluar hasil cepat…bawa balik umah..bukak tutup..4,5 hari boleh kutip cendawan dan jual
  • Tiada masalah penyakit..kalu ada pun sedikit
  • Boleh test market dulu…ada tak permintaan penduduk setempat
  • Boleh beli sikit2 dulu…100 bongkah ke ikut modal la
  • Pulang modal cepat…2 kali keluar hasil dah balik modal campur untung
  • Boleh buat separuh masa

Buat bongkah sendiri

  • Kena cari bekalan dedak, habuk kayu, benih, tong drum, buat bangsal, alatan dll… 
  • sesetengah tempat susah nak dapat bekalan
  • Modal tinggi sikit pasal nak kena buat bangsal, buat rak, cari bahan mentah…ambil masa sikit
  • Banyak keja nak kena buat…dari proses gaul, kukus dan suntik benih
  • Masalah penyakit kulat perosak
  • Jimat kos
  • Dapat tau lebih banyak tentang penanaman cendawan dari A-Z
  • Kena buat sepenuh masa

Cara mana yang anda pilih?


Itu bergantung kepada kemampuan masing-masing. Saya sendiri pun bermula dengan membeli bongkah yang diproses dan benih diisikan sendiri. :)

Nizam (019 758 9774)
Cendawan Global

Wednesday, December 11, 2013

Penyediaan benih cendawan cara tisu kultur


Tissue Culture


1. Prepare materials:
Potatoes: 200 gr.
Dextrose: 20 gr.
Agar powder: 20 gr.
Water: 1 liter.
Cotton (gauze)
 
 
Note: Visually check potatoes for spots or rot. Buy dextrose and Agar of commercial grade.
 
 2. Wash and cut potatoes into one-centimeter cubes; leave on or remove the skin.
 
 3. Clean small flat bottles (small whiskey bottles as a container can be used).
4. Place potatoes in one liter of water. Simmer for 15 - 20 minutes.
 
5. Remove potatoes & keep the broth as clear as possible. Add water to broth to reach one liter of liquid PDA
 
 6. Bring water to stove. Add dextrose followed by agar. Slowly stir continuously with regular speed until completely dissolved.

 7. Pour liquid PDA in bottle until you reach 5 - 10 mm high.
 
 8. Plug bottle with cotton.
 

9. Place bottles in autoclave at 121oC for 20 - 30 minutes to ensure complete sterilization.  Let cool down to around 37oC.

 10. Place bottles in slanted position as to increase surface area of the medium. PDA should come close to the neck but must not touch the cotton plug.
After PDA medium is settled in bottle, transfer all bottles to clean shelf in the clean room.
 11. Check for contamination (contamination can be seen when dark spots or lines occur).


Selecting tissue culture

1. Prepare materials:
  • Special needle (insulated handle)
  • Alcohol lamp
  • Alcohol
  • Cotton (gauze)
  • Matches or lighter
  • Bottles with PDA
  • Laminar flow cabinet (or protected environment)

 
2. Select a strong mushroom for culture.
  • Healthy.
  • Not too mature, not too young.
  • Not too humid (at least 2-3 hours after watering)
  • With a stiff stalk
  • Make sure it is clean and far from any contaminated mushroom.
 
 
 
 
 
 
3. Clean the room, all necessary tools, inside and outside the laminar flow cabinet with alcohol. Transfer PDA bottles and necessary tools into the chamber.
 
 
4. Place all cleaned materials inside laminar flow. Turn on UV lamp and laminar flow. After 10-15 minutes, turn off UV lamp but leave laminar flow for the duration of the operation.
 
 
 5. Clean both hands and bottles with alcohol and insert hands into the cabinet. 
 
6. Hold needle with 2 fingers in a 45o-degree angle, flame needle to disinfect until the needle turns red. Make sure it does not touch any surface after flaming.
 
 
7. While needle cools down (15-20 seconds - hold needle not to touch anything or place it on the clean surface of a glass).
 
 
 8. Using other fingers, tear mushroom lengthwise (DO NOT use knife to cut).
 
 
9. With the needle, cut a small piece (2 mm x 2 mm) of fleshy tissue from inside the mushroom (in the middle between the cap and the stalk). Make sure that it is clean and did not touch the outside of the mushroom.
 
 
 10. Flame around the mouth of the bottle. Using other fingers, remove cotton plug of PDA bottle in front of flame to secure against contamination.
 
 
11. Insert the needle in the bottle and inoculate by placing small piece of cut mushroom in the middle of the PDA’s surface. Make sure the piece of mushroom does not touch anything before entering the PDA bottle
 
 
 
12. Close bottle immediately near the flame with cotton plug
Note: the bottom of the bottle should always be lower than the mouth of the bottle and the mouth of the bottle should remain near the flame at all times.

 
13. Label bottles and indicate: Date, type of mushroom, mother spawn #.


Culture from PDA to PDA

Because of the extremely delicate nature of tissue culture, it is highly recommended that tissue culture be done in only a few bottles of PDA since there is high risk of contamination. Then, several bottles of PDA can be prepared from the extremely pure mycelium.
9. With the needle, cut a small piece (5 mm x 5 mm) of mycelium on PDA Make sure that the PDA not contaminated.
10. Flame around the mouth of the new PDA bottle. Using other fingers, remove cotton plug of PDA bottle in front of flame to secure against contamination.


 
 10. Flame around the mouth of the new PDA bottle. Using other fingers, remove cotton plug of PDA bottle in front of flame to secure against contamination.
11. Insert the needle in the bottle and inoculate by placing small piece of PDA mycelium on the middle of the PDA’s surface. Make sure the mycelium PDA does not touch anything before entering the PDA bottle.
12. Close bottle immediately near the flame with cotton plug
Note: the bottom of the bottle should always be lower than the mouth of the bottle and the mouth of the bottle should remain near the flame at all times.
 

13. Label bottles and indicate: Date, type of mushroom, mother spawn #.

14. Whether from tissue culture or PDA to PDA, from the time of incubation to full growth mycelium will take about 10 - 15 days. (Depending on species).
15. Keep PDA bottles with mycelium on clean shelf.
Check infection by other fungi in the bottle everyday. Also check growth rate.
 

16. After mycelium covers whole PDA medium, keep mature mycelium in cool place or in the refrigerator in the vegetables section.

Step 4. MULTIPLYING SPAWN ON SORGHUM SEEDS

1. Prepare materials:
  • Sorghum seeds
  • Bottles (flask type)
  • Cotton (gauze)
  • Paper squares 7 cm x 7 cm
  • Rubber bands
  • Alcohol lamp
  • Alcohol bottle
Note: Various types of grains can be used: Sorghum, millet, wheat
Grains must:
  • Have been recently harvested
  • Contain few broken kernels
  • Little contamination
  • No fungi, no insects
  • No more than 12% humidity
 
2. Soak sorghum for one night; 2 liters of water per 1 kg of grain.
Wash and strain sorghum seeds to remove all water.
 
 
3. Steam sorghum seeds for 30-45 minutes to soften grains and cook about 25%. 
 
 
4. Drain water and spread sorghum seeds to cool down and decrease moisture.
 
5. Fill ¾ of bottle with sorghum seeds.
 
6. Carefully prepare cotton plug
 
 7. Tightly plug mouth of bottle with cotton and leave out for ventilation.
 
8. Transfer all prepared bottles to the sterilization chamber.
Close chamber. Fire-up burner or stove to heat chamber. Make sure to release all air from the chamber before starting. Keep pressure in the chamber at 15 lb./sq.inch. or 121o Celsius for 30 minutes for small chambers and 45 minutes for medium chambers.
Let bottles cool down.

 9. Transfer bottles to a clean and cool place.
 
10. Bottles must be cleaned and well prepared.  Prepare the well verified PDA bottles
 
 11. Clean laminar flow chamber using alcohol.
 
12. Transfer PDA, sorghum seed bottles, paper and rubber bands in laminar flow chamber. Light UV lamp for 10 - 15 minutes before starting. Place needle in alcohol.
Turn off UV. Clean both hands with alcohol and insert hands into the chamber
 
 
13. Using 2 fingers, take out needle, pass through fire as to burn alcohol, and disinfect needle. Make sure the needle turns red.
 
 
14. After the needle cooled down to normal state, use needle to cut small square (5mm x 5mm) of PDA with mycelium (white color).
 
15. Close bottle immediately. Remain near flame at all times.
 
 
16. Using other hand flame around the mouth and shoulder of the sorghum seed bottle.
Using other fingers, open spawn bottle near flame to avoid contamination.



17. Insert needle and inoculate sorghum seeds with PDA mycelium by placing small square piece in the middle of the bottle. Make sure the PDA mycelium does not touch anything before entering the sorghum seeds bottle.
Note: The mouth of the bottle should be near the flame. The mouth should remain higher than the bottom part at all times. Do not touch mouth of bottle with piece of PDA.
 18. Close bottle immediately.
 
 
19. Place square paper over cotton and tie with plastic neck or rubber band.
 
20. Label inoculated sorghum bottles writing: Date, Spawn no., ref., and inoculation time.
Note: It takes about 10 - 15 days to get full-grown sorghum grain mycelium, depending on the species.
 


 21. Keep mature sorghum seeds in a cool place or in the vegetable compartment of the refrigerator. Check for infection regularly.
22. Remove contaminated bottles.
 Transfer contaminated bottles to cleaning site. Clean bottles as normal glassware.
 
23. Observe and collect data. Take notes to draw conclusions.
Note: A loss of about 3% is to be expected.